Powered By Blogger

12 Disember 2012

Muhasabah Cinta



Wahai pemilik nyawaku..
betapa lemah diriku ini..berat
ujian darimu..kupasrahkan semua
padamu..

Tuhan..baruku sadar..
indah nikmat sehat itu..tak
pandai aku bersyukur kini ku
harapkan cintamu..

Kata-kata cinta terucap
 indah..mengalun berzikir di kindung
doaku..sakit yang kurasa biar
jadi penawar dosaku..butir-butir
cinta air mataku teringat semua yang
kau beri untukku..ampuni
khilaf dan salah selama ini..Ya Ilahi
muhasabah cintaku..

Tuhan..kuatkan aku
lindungiku dari putus asa..
jika ku harus mati..
pertemukan aku denganmu..
Kata-kata cinta terucap



back to reff : part 4
kalau korang nak tengok video ni..korang klik je kat SINI :) ok.sampai disini je anis update..
Assalamualaikum..;)

entri ditaip:Cik anis :D

29 Oktober 2012

BAGAIMANA UNTUK JADI WANITA SOLEHAH??

    Dengan lafaz bismillah..anis mulakan menulis blog ni.:)

hmm..mesti korang tertanyakan??eeh,anis ni kata pasal die??asal pulak dah timbul tajuk macam mne bak jadi pempuan solehah.." ok.disini kalau korang nak tau tajuk kat atas tu pon ada jugak pasal diri anis.maksud anis bagaimana titik permulaan anis pakai tudung labuh.anis bukan nak riak..but nak kongsi dengan korang macam mana kita nak jadi seorang muslimah wa solehah..=)

ok.firstly kita haruslah ISTIQOMAH untuk menutup aurat.jangan la hangat-hangat taik ayam..contohnya..sorang kawan anis..anis bukan nak buruk-buruk kan dia tapi secara realiti dah terbukti benda tu depan mata kita.dulu..,dia memang perfect la..pakai stokin,sarung tangan,huh!kalau korang tengok memang perfect habis la.ok..anis tak mau citer panjang-panjang..so,kita mulakan dengan petua bagaimana nak jadi wanita solehah??;)
                                               

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

0k.petua2 ni jom kita amalkan sama2..n,jom kita sama-sama jadi seorang wanita yang solehah!!hee..

                                       perhatikan apa yang tertulis kat dalam pic tu!!

                                       

24 Oktober 2012

DULU AKU BIASA-BIASA

ANIES MARD..:)



REALITI BUKAN FANTASI


                                                                              JANGAN KERANA SI DIA ALLAH DIPERSIA


WEDNESDAY, OCTOBER 24 ,2012


           Assalamualaikum..:)
hai semua..,apa kabar sehad??alhamdulillah semua baik-baik je kan..=).kalau korang baca tajuk kat atas tu..mesti dalam hati korang tertanya-tanya kan..dulu anis ni macam mane..sosial ke tak..0hh sama sekali tidak anis bukan budak sosial pun..=)

anis akan ceritakan serba sedikit tentang anis..anis bukan jenis suka sangat cerita pasal diri anis..kalau korang mesti takkan punye la..0k.untuk pengetahuan korang la..dulu anis bukan jenis pakai tudung labuh but,pakai tudung sedang2 je..sedang2 tu macam mana??sedang2 tu..hanya setakat bawah dada je..:( and anis suka jugak la pakai tudung bawal..:) dulu anis pon tak berapa selesa sangat pakai stokin..anis just pakai sliperr jela..

kalau korang nak tau..dulu ayah anis pernah hantar anis gi tahfiz..so,dari situ la anis "belajar" pakai tudung labuh and..pakai "niqab" dari situ jugak la anis cakap dalam hati "0hh..macam ni ke gaya seorang muslimah sejati??" then,yang anis paling tak lupa sekali time anis sarung tudung labuh anis rasa taknak tanggal tudung tu..bila fikir2kan balik ni tudung kawan anis..haha.dalam sebulan jugak la anis duduk kat tahfiz tu.:) time nak balik tu sorang kawan anis tegur "kalau kita nak pakai purdah..kene la ISTIQOMAH jangan sekejap pakai sekejap bukak.." ayat dia tu masih tengiang2 lagi dalam telinga anis.bila anis fikirkan balik..mak kasi ke pakai purdah??so,tanpa fikir panjang anis pakai niqab and terus keluar bawak beg.anis mengaku anis rasa berat hati nak pergi kat kereta ayah anis.huh..selamat la time tu mak anis tak ikot.just my brother je ikot.bila anis sampai je kat kereta anis letak beg and ayah suruh pegi jumpa ustazah yela..nak balik kene la salam..:D bila anis salam ustazah..ustazah ada pesan kat anis.."kalau nak pakai niqab tu minta restu kat mak ayah kamu baru betul..bukan kat kawan2 kamu..kalau mak ayah kamu tak bagi jangan kamu pakai..faham??!!" anis rasa nak menangis sangat masa tu..yela,pakai niqab tak minta kebenaran kat parents..kan dah dapat dosa dah..

waktu kat dalam kereta tu..ayah dengan abang just diam jela..anis dengan membe anis je chat kat dalam kete tu..abah just tnye nak makan ke tak??anis cakap jela nak..bila dah sampai kat restoran ayah parking kete jauh jugak la dari restoran tu..bila keluar je dari kete ayah cakap macam ni kat anis "tanggal la purdah tu nanti nak makan macam mne??" anis buat dono(tak tau) jela apa yang ayah cakap.then,anis terus je masuk kat dalam restoran tu..bila anis masuk je restoran tu anis rasa diri anis jadi bahan tontonan umum dalam restoran tu je.Allah.rasa malu tau tak..anis faham..maybe diorang tak penah tengok customer diorang ada yang berniqab.ok sampai disini je anis boleh cerita tentang anis..:)
INSYAALLAH kita jumpa di hari dan waktu yang sama..

byeeee..kirim salam kat orang kampung..^___^ assalamualaikum..

entri ditaip oleh :ANIES MARD..:)